
Assalamualaikum.
Hati sy begitu tidak tenteram baru-baru ini. Sy cuba mencari jawapan dalam rintihan dalam hati. sy teringat kata-kata seorang ustaz “sesiapa yg tidak merasa tenteram dengan Allah, tidak akan merasa tenteram dengan yg orang sekelilingnya,,,”
Kebetulan, sy baru sahaja membaca artikel yg di post kan oleh ustaz sy beberapa hari lepas. ‘Berpada ketika berjenaka’. Sy akui terkadang cara kita berjenaka secara tidak langsung mengundang sakit hati orang sekeliling kita. Dalam sedar atau tidak sy sendiri terkadang menyakiti hati orang-orang sekeliling sy.
Namun ada juga pertelingkahan yg berlaku akibat perkara yg remeh-temeh. Dale Carnegie ada menyatakan akibat perkara yg dianggap remeh temeh ini. “sebenarnya masalah yang remeh dapat menimbulkan masalah serius, menghilangkan pemikiran waras dan menyebabkan sesetengah penyakit hati yg dideritai oleh manusia di dunia” mari kita lihat dalam konteks biasa, apabila sesuatu yg dianggap remeh oleh sesetengah pihak akan tetapi menimbulkan kurang selesa pada pihak yg lagi satu. Sy andaikan pihak A dan B. Apabila sesuatu perkara dianggap remeh dan tidak mengambil kira usaha ataupun perkara yg telah dikorbankan oleh pihak B contohnya itulah yg menimbulkan pertelingkahan. Apabila tercetusnya pula sesuatu pertelingkahan sy rasa perkara terbaik ialah menghormati keputusan masing-masing. Apabila pihak B boleh menghormati keputusan yg telah dilakukan oleh pihak A samada dalam terpaksa atau senang hati maka pihak A sepatutnya menghormati keputusan pihak B selepas perkara itu. Sy rasa adalah tidak adil apabila ‘memaksa’ pihak B selepas itu. Hakikatnya kita Cuma manusia biasa;
"Dalam pandangan kasar tidak semestinya benci, dalam senyuman tidak semestinya suka. Dalam perlakuan tersimpan seribu niat yg tidak terduga. Aku berlindung kepada Allah dari sebarang bisikan yg jahat, aku hamba Mu yg lemah. Tidak lepas dari kesilapan.."
0 comments:
Post a Comment