
assalamualaikum..
Buat miss Alizah..hehe..dan semua yg membaca..untuk pengetahuan,miss Alizah ni merupakan lecturer Law sy. sy tak tahu kenapa,dah dua kali sy mengambil subjek law, skali masa part 3,law of contract (miss Intan) ini kali kedua~company law tetapi lecturer law sy x pernah(maksudnya jarang2.hehe) buat sy mengantuk dalam kelas. mungkin kerana mereka peguam dulu kot..jadi dah mahir bidang bercakap ni...bila pelajar dah mula mengantuk(dan sewaktu dengannya) lecturer sy akan berehat sekejap sambil bercerita sesuatu yg lain. Antara yg miss alizah pernah sampaikan ialah "bagaimana nak tahu seseorang tu bercakap bohong ke tak..."sy tertarik dgn ape yg beliau sampaikan maka sy dengan gigih nya(konon nya la) mencari info lebih lanjut tentang perkara tersebut...
• Menyentuh hidung~apabila seseorang itu berbohong, tisu2 erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Ia juga dikenali sebagai ‘pinocchio’. Jadi apabila seseorang yg bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yg tidak gatal,sebenarnya ada sesuatu yg diselindungkannya.
• Menutup mulut~ada sesetengah org meletakkan tengan di atas mulut mereka apabila mereka berbohong. Ini merupakan saru tindak balas automatic yg lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah didik untuk tidak berbohong. Apabila mulut tengah berbohong, tangan cuba menghalangnya.
• Gagap~apabila seseorang yg bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda2 sedang mengalami tekanan emosi. Jika tiada petunjuk perkara tersebut disebabkan perkara lain kemungkinan besar ini disebabkan org tersebut sedang berbohong.
• Pergerakan mata~org yg berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memendang tepat pada mata. Jika kerdipan mata berkurangan pada kadar biasa, ini mungkin disebabkan dia sedang berbohong. Jika lebih dari kadar biasa juga kemungkinan tanda org tersebut sedang berbohong.
• Melengah-lengahkan jawapan~org tersebut sedang memikirkan sebentar untuk mencipta jawapan yg tidak benar. Berfikir agak lama, berdehem tak semena-mena dan sebagianya di luar kebiasaan mununjukkan org tersebut sedang berdusta.
• Resah~org yg berbohong akan gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila org tersebut dalam keadaan tenag tiba-tiba tidak senang duduk apabila berhadapan sesuatu soalan merupakan tanda seseorang itu sedang berbohong
Sebenarnya, melalui ‘body language’ seseorang kita boleh teka org tersebut berbohong atau pun tidak.sy pasti semua org tidak suka jika dibohongi. tetapi terlalu lancang sangat pun tak bagus jugak..pandai2 lah jaga hati org lain sebagaimana anda ingin org lain jaga hati anda.Semua ini telah diciptakan oleh Allah s.w.t agar kita tidak berbohong..*sy ingatkan diri sy yg alpa ini jugak*… salam. =)
0 comments:
Post a Comment