Tuesday, May 11, 2010

akhirnya


Kawan mudah dicari tetapi kawan sebenar sukar ditemui. Tidak semua kawan boleh menerima baik buruk serta kelamahan diri kita. siapa lagi yg lebih mengenali diri kita ketika di kampus kalau bukan kawan sebilik.. yg tahu sifat sebenar kita sebelum tidur dan selepas bangun.. yg akan bercerita sesuatu yg tidak mungkin diceritakan pada orang lain..Hati sy begitu sedih semenjak semalam (ceh ceh ceh) kerana rakan sebilik(senior) yg sudah dua tahun setengah bersama suka dan duka telah meninggalkan kampus sebagai graduan UiTM. Tamatlah pengajian mereka, tinggallah sy dan beberapa org rakan meneruskan satu lagi semester akhir berada di UiTM ini pada bulan julai nanti.

Begitu banyak kenangan yg kami kongsi bersama tidak kira suka atau duka. Siapa diri mereka dan diri sy kami terima seadanya. Sedih sangat… gaduh2 tue biasalah.. masih teringat ketika kami mengadakan ‘‘farewell party’ untuk mereka beberapa bulan lepas, mereka begitu terharu. terima kasih kawan2 kerana menjadi kawan sy selama ini.

selamat bercuti kepada semua kawan2...kepada lecturer2, semoga diberi kesihatan yg baik menanda paper exam kami...hehe..sepanjang semester ini sy meminta maaf kepada sesipa yg terasa hati dengan sy samada sedar atau tidak.

0 comments:

Post a Comment