Wednesday, July 14, 2010

apa yg ku dapat?


salam...

selamat kembali ke kampus kepada semua warga UiTM....semoga semester baru memberi harapan baru kepada semua...walaupun sedih sedikit dengan result semester lepas, namun sy bersyukur kerana lulus semua..alahamdulillah...itulah hasil usaha sy semester lepas..segala kekurangan adalah kelemahan sy yg mungkin tidak sy sedari..tahniah kepada semua yg berjaya mencapai target...

sepanjang cuti semester sy sibuk di rumah...bukan sibuk apa..sibuk menikmati saat2 di rumah.almaklumlah, biasanya sy jarang balik rumah walaupun jaraknya dengan kampus cuma sekangkang kera..hehe. minggu pertama cuti terasa best nya balik umah..masuk minggu kedua sy mula terasa bosan.nasib baik ada 'ter' pinjam buku2 kat library sebelum balik cuti,mula lah baca novel,main game,tengok video2 yg sy ambil daripada kawan sebilik sebelum cuti..itulah rutin tambahan.

bila asyik ulang rutin yg sama sy mula terasa bosan lg..sy mula terfikir hendak buat apa dengan sisa cuti yg sy ada..sy teringat hendak belajar menjahit. sebenarnya sudah lama sy terfikir hendak belajar menjahit tetapi masa yg terhad dan beberapa masalah yg timbul menyebabkan sy tak dapat melaksanakannya..dipendekkan cerita,sy mula belajar menjahit baju kurung daripada mak cik sy yg tukang jahit 10 hari sebelum cuti sy berakhir (kenapa baru teringat ekh...kalau x,boleh belajar dari awal cuti). alhamdulillah sy dapat siapkan 4 pasang baju kurung pahang (untuk sy) dan 2 pasang jubah comel untuk anak saudara sy yg masih kecil..

bila difikirkan semula, kos jika sy jahit sendiri baju sy berbanding tempah sebelum ini jauh berbeza (sudah tentulah..hehe) dengan amaun kurang daripada seratus sy boleh dapat 4 pasang baju..walau jahitannya tidak seberapa tetapi sy gembira kerana itu adalah hasil usaha sy..insyaallah hari raya nanti sy akan jahit baju sendiri.walaupun baju raya sy sudah lama siap,saja nak tambah stok...semester akhir pasti menuntut masa yg banyak .... semoga semuanya berjalan dengan lancar.. =)

0 comments:

Post a Comment