Tuesday, August 24, 2010

siapa yg sedang KAU RINDUI??? (1)




assalamualaikum..tidak terlambat rasanya jika ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. diri sy yg selalu alpa dan khilaf ini memohon maaf kepada Ibu bapa sy, keluarga sy, guru2,lecturer2 sy,kawan2 serta semua..samada sedar atau tidak akan keterlanjuran sy dalam pergaulan seharian. kebelakangan ini sy tidaklah terlalu banyak masa untuk blog tetapi sempat juga membaca kisah2 yg menghayat hati..ia berlaku apabia sy merasa diri sy sangat malang dengan masalah yg menimpa, apa yg sy lakukan serba tidak menjadi,sekarang hampir grad tetapi belum pernah mencapai target..sedih2.. =(

apabila membaca kisah2 sahabat sedikit sebanyak sy merasa betapa beruntungnya diri sy atas nikmat sy terima.kita kongsikan bersama, kerana ia membuat sy berfikir, "sy tidaklah terlalu malang"

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama!

Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

bersambung...



0 comments:

Post a Comment