Friday, January 14, 2011

Kehebatan erti “susah”



Assalamualaikum…

biasanya,apa yg anda akan lakukan apabila berada dalam situasi yg sukar? Adakah keluar jalan2 ambil angin? keluar dengan kawan2 ke tempat2 yg boleh menghiburkan? Atau ke kelab malam menari sepuas hati? Malangnya itu semua bukan cara kita… cara kita ialah meminta kepada Allah agar dilepaskan dari kesusahan tersebut.Kerana hikmah di sebalik kesusahan yg menimpa kita ialah Allah menginginkan kita sedar&kembali kepada Nya. Setiap perkara yg berlaku tidak akan sia2 kecuali berserta hikmah disebaliknya.

Semenjak menyambung pelajaran kembali, sy selalu merasakan semuanya semakin sukar sekarang, setiap hari kelas sy bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir lewat 6 petang. Kembali pula ke rumah sentiasa wajib bersama kerja yg pasti perlu disiapkan sehingga lewat mlm. Mengambil subjek yg paling banyak setakat ini merupakan dugaan pada sy. Penat yg teramat sangat menyebabkan mulut sy x lekang menyebut “Allah..penatnya”, “Allah...susahnya”. pd awal semester ini, kesusahan yg sy rasakan terlalu menghimpit diri sy. Apabila berehat untuk solat zuhur, biasanya air mata sy akan jatuh tanpa dipinta. Siapa lagi yg sudi mendengar rintihan sy selain Allah, mengadu pd kawan2 jauh sekali kerana mereka juga mengalami masalah serupa.

Tetapi sy merasakan inilah hikmahnya…hakikatnya manusia akan mengingati tuhan apabila dalam kesusahan. Sy bukan membuat kesimpulan ini berdasarkan sesiapa tetapi tentang diri sendiri. Jika kesusahan itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah maka itulah hikmah kesusahan itu. Nabi Yusuf pernah menadah tangan kepada Allah sewaktu dipenjarakan sambil berkata “ jika penjara itu dapat mendekatkan diriku kepada Mu maka aku lebih rela dipenjarakan daripada bersama orang2 yg membuat dusta”
WRITE THE PART OF THE POST YOU WANT TO HIDE HERE
(lebih kurang maksud)
Allah itu Maha adil, Dia tidak akan meninggalkan hambaNya bersendirian selepas memberikan dugaan. Yg batil tidak akan pernah menang walaupun kelihatan hampir menang. Itulah apa yg novelis kegemaran sy nukilkan dalam novel ‘hijab sang pencinta’ karya Ramlee awang mursyid.

Apabila memilih jalan yg salah selepas ditimpakan dugaan,kita merasakn kita telah puas tetapi sebenarnya masalah itu tidak pernah meniggalkan kita. Contohnya sy ada rakan yg apabila merasakan kesusahan, akan keluar bersama kawan2, ke kelab malam, minum arak dan selepas itu bangga pulak bercerita dia melakukan sekian2. Yg menjadi persoalan kepada sy ialah, dia minum arak dengan harapan dapat melupakan masalah tetapi yg sebaliknya masalah itu tetap tidak selesai juga. Malahan tindakan dia hanya akan menambahkan lagi masalah yg lain dgn bahaya yg tidak disangka apabila mabuk. Masalah yg tidak dia nampak ialah dosa yg dikumpulnya semasa melakukan perkara tersebut. Sesungguhnya apabila kita bersabar apabila ditimpakan sesuatu dengan tawakkal kepada Allah, Dia akan memberikan kita jalan penyelesaian yg tidak kita sangka2.

p/s : semoga Allah menunjukkan sy jalan penyelesaian terbaik bg segala yg sy hadapi


“Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”
[ al-mulk : 19]

1 comments:

  1. dalam hidup yg fana, segala sesuatu bermula dan berakhir..jika susah akan berakhir dgn senang, jika sakit akan berakhir dgn sihat, jika hidup akan berakhir dgn mati..mati adalah permulaan kepada hidup yg kekal..carilah kesenangan hakiki selepas mati yg tidak akan berkesudahan sampai bila2..

    ReplyDelete