Saturday, April 9, 2011

mentaliti orang kita



assalamualaikum...

setelah sekian lama x post kan ape2, akhirnya sy nekad utk post kn sesuatu.haha..idea banyak tp x banyak mase cari info utk kembangkn idea.. almaklumlah bila dah hujung semester seperti nie, byk sangat kerja kne disiapkan..x ckup dgn kelas ganti & abiskan silibus..huhu

back to the topic, sy nak cerita psl mentaliti kali ini..ape 2 mentaliti? sy pon kurang pasti maksud dari segi falsafah. menurut audioenglish.net/dictionary,mentality ialah "Mental ability" or a habitual or characteristic mental attitude that determines how you will interpret and respond to situations. menurut definisi am yg biasa kita terima, mentaliti ialah pandangan kita terhadap sesuatu. bagaimana keupayaan kita menerima sesuatu di sekeliling dan bagaimana keupayaan minda kita memproses situasi tersebut juga keupayaan kita memberi respon terhadapnya.

kenapa mentaliti nie penting dalam hidup kita? kerana mentaliti ini mencerminkan diri kita dan sejauh mana ilmu kita. hah! itulah perkataan yg sy ingin tekankan....'ilmu'..biasanya mentaliti berkait rapat dengan ilmu yg kita ada. kerana dengan ilmu yang tinggi,kita mampu melihat dengan lebih luas dan berpandanagn jauh. kerana itulah mereka2 yg mempunyai Master@PHD ini sangat dikagumi oleh masyarakat.

ilmu itu pulak x diperolehi di sekolah@universiti sahaja...institusi adalah asas kepada pembinaan ilmu,yg paling penting ialah bagaimana ilmu tersebut diperaktikkan dengan cara yg betul.melalui pembacaan yang banyak juga menambahkan ilmu seseorang. sumber ilmu tertinggi sudah pasti Al-Quran seperti firman Allah:

kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yang bertakwa
(al-Baqarah:2)

berbalik kepada mentaliti ini mencerminkan personaliti diri kita,inilah yg ingin saya ketengahkan sebenarnya...."mentaliti orang kita". saya suka bercerita..xtau kenapa..haha. sebab sy rase senang dan dekat bila bercerita tentang pengalaman sendiri.

sy dilahirkan dalam keluarga yg tidak terlalu educated. yg banyak mendorong sy utk melanjutkan pelajaran ialah ayah saya. persekitaran sy adalah berkisarkan agama,kawan2 kepada keluarga kebanyakannya berpandangan ke arah agama. itu x menjadi masalah...apa lagi pegangan hidup kita kalau bukan agama kn..saling ingat mengingatkan satu kewajipan.

masalah yang timbul apabila melihat anak orang lain menuntut ilmu bukan kearah agama,maka timbullah cerita,kata-kata x elok didengar. hanya kerana kursus yg sy ambil ialah "ijazah sarjana muda perakaunan" tanpa ada unsur2 islamic di situ,maka tersebarlah andaian sendiri mengenai anak si fulan..haha

sy akui, semenjak dari diploma lagi, sy sudah merasakan ilmu yg sedang sy dalami ialah lebih kepada conventional. namun demikian,bukanlah bermaksud ilmu yg sy sedang tuntut ini tidak baik. alhamdulillah,sy masih kenal Tuhan sy,masih merindukan Rasul sy,masih kenal ajaran agama sy,dan masih terus mendalaminya.


sy sangat kasihankan ayah sy yg terpaksa menerima bermacam kata-kata org terhadap anaknya,dia bersabar....dia percaya apa yg sedang dia pupuk dalam diri anak dia adalah yg terbaik untuk anaknya. bukan mudah menuntut ilmu...apatah lagi utk mendapatkan sesuatu yg baik.

"Dan Allah mengetahui apa yg kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan"
(An-Nahl:19)

Rasulullah bersabda "sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah berkata yg baik atau diam".

kesimpulannya, janganlah memandang rendah orang lain dengan mengkagumi apa yg kita ada..berbuat baik itu tiada batasnya. janganlah mengasingkan seseorang hanya kerana mereka ada apa yg kita tiada. apabila mereka berbuat baik kepada kita,janganlah menunjukkan muka yg tidak baik dan kata-kata yg menyakitkan hati...buat diriku yg lupa =)

sedikit nak kongsi tentang cara Imam Syafie belajar,

mengenai kerajinan Imam Syafie dalam menuntut ilmu...
Kerana kemiskinannya, Imam Syafie sentiasa kesusahan untuk membeli alat-alat kelengkapan belajar seperti kertas, dakwat dan sebagainya.....

Akan tetapi, berkat kerajinannya dan kesungguhannya dalam menuntut ilmu, beliau dapat mencari jalan untuk mencukupkan keperluannya....

Imam syafie seringkali mencari tulang-tulang dan mengumpulkan dari jalan-jalan, digunakan untuk menulis pelajaran yang diperoleh dari gurunya. Beliau juga seringkali datang ke tempat-tempat sampah dan mengunjungi pejabat-pejabat kerajaan untuk mencari kertas yang telah dibuang dalam bakul sampah.

Imam syafie melakukan hal yang sedemikian kerana tidak mahu meminta kepada orang lain dan juga tidak merasa hina atau rendah atau kecil hati. Beliau berpendirian bahawa jalan itulah yang dapat menumbuhkan keinginannya untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau juga berpendapat bahawa kemiskinan dan ketekunan itulah yang menyebabkan kemenangan dalam menuntut ilmu.

Dalam hal ini, Imam Syafie pernah berkata "Tidaklah akan mendapat kemenangan dalam mencari ilmu pengetahuan, melainkan bila orang yang menuntutnya dalam kekurangan."
Banyak tulang dan potongan kertas serta tembikar yang berisi catatan- catatan penting dalam peti dan bilik beliau sehingga biliknya yang digunakan untuk berbaring melepaskan lelahnya menjadi sempit, kerana telah penuh sesak oleh catatan pelajarannya.

Beliau mencuba untuk menghafazkan semua catatan tersebut agar meresap ke dalam hati dan tersimpan di dalam otak, satu demi satu dan sekerat demi sekerat.

Demikianlah dengan tekad yang bulat, As Syafie menahan dirinya dalam bilik tidak keluar pergi ke mana-mana selama beberapa bulan untuk menghafalkan dan melancarkan catatan yang ditulisnya di tulang, tembikar dan potongan kertas tersebut.

Tulang, tembikar dan potongan kertas yang memuatkan catatan yang telah dihafalkan dengan lancar kemudian dibuang. Tanpa mengenal jerih payah serta perasaan jemu, beliau terus menerus menghafalkan catatan-catatan yang memenuhi biliknya hingga dapat menghafalnya. Setelah itu, kosonglah biliknya dari segala catatan pelajarannya.

sumber:iluvislam.com



3 comments:

  1. salam,

    amat sukar utk menguasai ilmu agama jika kita tidak dilatih dalam bidang itu sejak kecil..tetapi lebih susah membebaskan diri dari keinginan kepada harta dunia menggunakan ilmu agama, jika kita tidak mengetahui ilmu selain dari itu utk mencari rezeki..

    ReplyDelete
  2. wasalam...
    merahnya saga x bererti megah,
    hijaunya daun x semestinya merimbun,

    dalam kekalutan malam aku mencari sinar,
    dibalik keriuhan manusia ku temui jawapan,

    alangkah indahnya senyuman,jika disulami keikhlasan,
    alangkah indahnya amalan jika hanya kerana Nya,

    seindah mana pun wajah akhlak juga yg dicari,
    sesantun mana perbuatan, tutur kata juga penyejuk hati... =)

    ReplyDelete
  3. salam kenal :) hepy blogging..

    ReplyDelete