Thursday, April 16, 2009

Apa yang telah aku korbankan??



Dalam kesesakan kepala memikirkan tentang peperiksaan, berehat sebentar bukan untuk menjamah kit-kat tapi terbaca tentang pengorbanan sahabat terdahulu dalam mencari nikmat beragama. Apa yang telah aku korbankan untuk agama ku?? Puas ku cari tapi tak ku jumpa…jahilkah aku?? Mungkin kerana kedamaian yang dikecapi ketika rukuk dan sujud tidak seperti saudara di Palestin, di Ambon. Ketenangan menelaah pelajaran membuat aku leka… betapa sedihnya saudaraku di Palestin tidak dapat menikmati ketenangan itu. Namun mereka telah mengorbankan segala- galanya atas nama syahid fisabilillah… sesungguhnya Israel laknatullah sedang bergembira atas kemenangan yang sia-sia, ...syurga bagi orang-orang kafir itu adalah dunia yang sementara...


1 comment:

  1. jihad akbar tanpa henti
    di setiap tempat dan masa
    melawan nafsu dalam diri
    hukum Allah diperkasa

    musuh Islam di merata tempat
    meracun fikiran dan gaya hidup
    kuatkan azam bulatkan tekad
    Islam dipertahan selagi sanggup

    setitis darah mujahid menyentuh bumi
    terpadam segala dosa
    setetes air mata mu mengalir di pipi
    memadam api neraka

    ReplyDelete