Friday, July 24, 2009

cayang dier....





salam....
tiada kata2 lg mampu dikatakan untuk mengucapkan terima kasih kepada JPK UiTM JB sesi jul '08 - Apr '09 kerana telah menjadi sebahagian daripada secebis kenangan idup aku... syg korg sume.. =)
Read More !

Wednesday, July 22, 2009

asal usul kejadian Adam a.s






















Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?



Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahuitentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.(Al-A'ssr)





"Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untukmenjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".





Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akantetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnyadiambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukankemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahubahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpahbumi.Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidakberganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "HaiIzrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawakerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi danmenyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilahia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambiltanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. LaluAllah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yangmengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


Jenis tanah yang digunakan:


1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis


2. Tanah Bukit Tursina


3. Tanah Iraq


4. Tanah Aden


5. Tanah Al-Kautsar


6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah


7. Tanah Paris


8. Tanah Khurasan


9. Tanah( Babylon )


10.Tanah India


11.Tanah syurga


12.Tanah Tha'ifMenurut Ibnu Abbas:-





1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otakmanusia,dan disitulah tempatnya akal.


2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dantempat menerima nasihat.


3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.


4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.


5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.


6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.


7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dankerjasama,sesama manusia.


8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.


9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudayasyaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.


10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.


11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.


12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulahiman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.


13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur danberdoakan kepada Tuhan.





Proses kejadiannya:


1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, airmasin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".


2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudiandiletakkan didalam "Alam Malakut".


3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan denganrempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikandengan air hujan "Barul Uluhiyah".


4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.


5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, iamerasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa rohitu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepadaIzrail.Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.. Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipunorang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putihkemerah-merahan.Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.





Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya adalah :


1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dansebuah liang mulut.


2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.





Dijadikan pula lima buah pancaindera:


A. Mata alat penglihatan


B. Hidung alat penciuman


C. Telinga alat pendengaran


D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.


E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahansehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otakdan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilahmatanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakantanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedangmenyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar paramalaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnyaterbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulahucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkataYarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Olehkerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkanYarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja iamahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terusroh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darahdaging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adamsempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yangpertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertamahinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


sumber: akazim
Read More !

Tuesday, July 21, 2009

tangisan Rasulullahs.a.w

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yg hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hi lang dari diri seseorang.

Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!"
Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah,
dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan,
orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkan ku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi?
Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku,
Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu,
Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
"Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu.
"Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya,
sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,"
kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya:
"Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang,
seperti tidak percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!"
"Ya" jawab Nabi s.a.w.
Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.
Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah,
Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan,
tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya. "
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu,
agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.
Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba,
maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!"
kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba,
maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, ' jawab orang itu.
'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan- Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba,
maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya! '
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu,

maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:

Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "
Read More !

Monday, July 20, 2009

AYAT2 SELEPAS BERNIKAH.....hukhukhuk

inilah fenomena yg biasa kita temui...



Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpiindah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, Itak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintudigegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampairumah. Sayang, I belikan murtabakfavourit e U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakanU, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin
yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuaidengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apayg U nak..

Telefon :
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbualngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKA T AAAAAHHH!!!

M asakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafk an:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pontak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U sepertibidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kitajalan-jalan ke Amerika atau ke tempat ygU nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang ajeler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJETAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apamalam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..
Read More !

4 U TO SMILE... =)


Read More !

Tuesday, July 14, 2009

saya solat lima waktu TAPI...

Saya solat lima waktu tapi......
Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya
Jika Sholat saya 10 minit ,
maka cuma 10 minit itu saja ingat pada Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong....


Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak bersyukur pada NyaPadahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti


Saya solat lima waktu tapi.....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan

Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT
Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya.
Padahal saya sendiri belum tahu,
redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?


Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka




Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerena saya takut hartaku habis dan jatuh miskin
Saya solat lima waktu tapi.....
Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya,
dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)
Saya solat lima waktu tapi....
Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam
Al Quran QS: 29 : (Al-Ankabut) : 45 yang artinya :-
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuata n) keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat)adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain)"
Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak faham dan tidak tahu dan tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam QS 107. (Al Maa´uun) : yang artinya:-
1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama ?
2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim
3. dan Tidak menganjurkan memberi makan orang miskin
4.. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat
5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya
6. orang-orang yang berbuat riya
7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.
~semoga jadi pedoman buat diri saya terutamanya dan sesiapa yg sudi membaca...ambil apa yg baik...=) ~
TQ kpd a.shah
Read More !

Friday, July 10, 2009

teka teki Imam Ghazali



salam...
sebenarnya teka-teki ni pernah diceritakan oleh lecturer sy,Ustaz Ali mase sy sem 1 dulu..kebetulan member hantar kat sy jadi kita kongsi bersama yer.... =)




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya


(Teka Teki ) :






Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?


Murid 1 = " Orang tua "


Murid 2 = " Guru "


Murid 3 = " Teman "


Murid 4 = " Kaum kerabat "




Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).




Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"


Murid 1 = " Negeri Cina "


Murid 2 = " Bulan "


Murid 3 = " Matahari "


Murid 4 = " Bintang-bintang "




Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".




Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"


Murid 1 = " Gunung "


Murid 2 = " Matahari "


Murid 3 = " Bumi "




Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."




IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "


Murid 1 = " Baja "


Murid 2 = " Besi "


Murid 3 = " Gajah "




Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."




Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"


Murid 1 = " Kapas"


Murid 2 = " Angin "


Murid 3 = " Debu "


Murid 4 = " Daun-daun"




Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Read More !

hikmah sujud

Hikmah sujud








- Sujud lega sistem pernafasan


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.




Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.




Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.




Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


- melegakan sakit hernia. (burut)


- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


- melegakan paru-paru daripada ketegangan.


- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.


- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.


- meringankan bahagian pelvis.


- memberi dorongan supaya mudah tidur.


- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.


- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik..


- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.


- mengurangkan kegemukan.


- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .


- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Read More !

Sunday, July 5, 2009

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perluKEEMPAT.Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga
R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Adaketikanya anda perlu bersendirian.
Read More !
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapanhendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkanwanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan merekasebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Read More !

relax..if u can

RELAX......IF YOU CAN!








RELAX..IF YOU CAN!
tq 2 a.shah
Read More !