Sunday, August 30, 2009

ketika cinta bertasbih






salam....
kemunculan filem ini sememangnya
dinanti-nantikan oleh peminat novel ketika cinta bertasbih ini. melihat
kepada isi kandungan dan jalan cerita novel ini memang menarik, memberi kesan kepada setiap pembacanya...episod satu novel ini berlatar belakangkan Mesir amat menarik sekali bagi yg belum pernah ke negara piramid tersebut(seperti saya...=) akan dapat sedikit sebanyak pengetahuan baru sesuai dengan penulis yang juga
lulusan Al-Azhar.Boleh diringkaskan cerita ini
berkisarkan ketabahan seorang pelajar bernama Khairul Azzam yang melanjutkan pelajaran di Mesir,apabila dugaan melanda kehilangan bapanya dan terpaksa mengorbankan pengajian demi mencari nafkah membesarkan adik-adiknya...juga terpaksa memilih
cinta dan saudara...
Episod kedua yg berlatarkan negara Indonesia agak kabur jalan ceritanya.Juga terkadang scene tak habis..tetapi tetap berjaya menyampaikan mesej kepada pembaca bahawa cinta sebenar ialah cinta yg mengingatkan kita kepada Rabb Yang Satu..apabila kita bersungguh dan sabar Allah pasti memberi...bukan sekadar satu malah dua tiga kisah cinta oleh insan yang berbeza mencari cinta fitrah dalam keredhan Empunya cinta...rentetan dari episod pertama pasti membuat pembaca ingin memiliki episod seterusnya. akhirnya cinta bersemi jua pada hujung cerita..hiburan yang sangat baik untuk rohani terutama remaja yang masih tercari-cari erti cinta menurut Islam..
filem ini ditayangkan di Indonesia pada 11 jun 2009 tapi tidak pasti bila akan ada di Malaysia...















1 comment:

  1. salam,

    apabila cinta telah bersemadi, ia bangkit lalu menagih korban..

    ReplyDelete