Saturday, September 12, 2009

Di hari raya ini

Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini adalah merupakan satu peringatan terhadap hari raya di akhirat. Apabila engkau melihat orang-orang pada pagi hari raya, sebahagian dari mereka ada yang pergi (menunaikan sembahyang pada pagi aidilfitri) dengan berjalan kaki, sebahagian lagi ada yang berkenderaan(berbasikal, bermotokar atau berkereta mewah). Ada dari kalangan mereka yang berpakaian sempurna dan ada juga yang tidak berpakaian kemas. Ada yang berbaju indah dan ada yang berbaju biasa. Sebahagian ada yang ketawa riang namun sebahagian yang lain bersedih atau menangis. MAKA INGATLAH perjalanan di hari akhirat sewaktu kamu akan dibangkitkan dipadang mahsyar. Ingatlah keadaan kamu sewaktu kamu digiringkan dari kubur ke padang mahsyar dan saat ketika mana kamu melintasi titian sirat. Adakah kamu akan bergembira atau berdukacita? Adakah kamu akan tergolong dalam kumpulan orang yang berbahagia atau sengsara sama2 kita renungkan...






SALAM AIDILFITRI pd ibu-bapa*keluarga*,Saiful Azaha, kawan2 kat Negeri di Bawah Bayu, Ahli bilik B-301,kwn2 mantan jpk,kelas D4A1,A2,para pensyarah UiTM JB, ustaz Ali,Pn Izzah&abah(TQ kerana tak putus2 memberi pandangan&dorongan) semua warga UiTM JB,pada kesempatan ini sy memohon maaf andai ada tersilap sepanjang pergaulan....=)juga kepada Pn Yulie,semoga berbahgia selalu...


B301,pada majlis penutupan Ihya Ramadhan,

luv all of them!!

1 comment:

  1. Malam raya balik negeri
    Ramai2 naik kereta;
    Lebaran di penghujung hari
    Ramadan apa cerita?

    Malam raya bakar mercun
    Rebus ketupat penuh sepeti;
    Salah khilaf minta ampun
    Jangan simpan di dalam hati.

    Balik kampong berkereta baru
    Singgah raya di tepi kuala;
    Baju baru kasut pun baru
    Taqwa di dada bagaimana pula?

    Juadah lemang air kathira
    Kuih semprit biskut kelapa;
    Pemudi pemuda riang gembira
    Ibu ayah yang tua jangan dilupa.

    Malam raya terbang ke Sabah
    Awal pagi sampai Sandakan;
    Ramadan 1430 berlalu sudah
    Panjang umur, jumpa lagi tahun hadapan.

    ReplyDelete