assalamualaikum..
petang itu agak tenang kerana kelas cuma ada satu tapi malam nanti ada test law346 jadi agak sibuk baca nota.tiba2 dikejukan oleh perkhabaran yang tidak semena-mena. terpaksa mewakili aras untuk pertandingan bola jaring tertutup UiTM JB. kali terakhir bermain bola jaring ketika darjah enam. mungkin itu bukan keputusan yang baik bagi sesetengah orang kerana test law pada malam nanti akan menuntut pembacaan yang teliti dan waktu yang lama. sebaiknya waktu yang ada dimanfaatkan untuk itu tetapi biarlah...jika telah bersedia sebelum ini, itu bukan masalah utama. hati tetap berbelah bagi sehinggalah perasan kaki sudahpun tiba di tepi dataran pertandingan. tiba2 ada suara menegur ingin kemana. owh, junior sy rupanya..dia agak terkejut kerana sy menyertai pertandingan itu..kelakarnya,kerana selama ini tak pernah melihat kelibat sy dalam mana2 pertandingan sukan. pertandingan pertama tak pasti lawan aras mana tapi yang pasti waktu awal permainan team kami agak kalut& tak tersusun. al maklumlah yang tahu apa itu bola jaring cuma 4 daripada 7 orang. yang bertiga itu pula setelah dipaksa dan tidak kenal pun posisi dalam bola jaring. sy pun agak takut setelah lama tak pegang bola. setelah tamat permainan akhirnya team kami seri dengan pihak lawan. ingatkan setakat itu sahaja rupanya terpaksa lawan lagi sekali. perlawanan kedua kami bertemu pihak yang agak kuat separuh masa pertama sahaja sudah ketinggalan 5~0. setelah tamat separuh masa pertama sy tinggalkan gelanggang untuk bersiap untuk test malam nanti. fikiran sy masih ligat mengingatkan cases§ions dalam partnership law. Ingat2 lupa...bila dapat sahaja soalan, terus otak sy blur...masyaAllah...sy cuba bertenang dan tarik nafas dalam2..akhirnya sy mulakan dengan soalan yg sy rasa sy ingat point. setelah beberapa ketika sy akhirnya telah siapkan 2 daripada 4 soalan short essay dan 1 long essay&multiple choice question. berderup darah sy apabila pensyarah sy mengumumkan masa tinggal lagi 15 minit. sy pun jawab sahaja setakat yg mampu untuk 2 soalan short essay lg...waktu yg diperuntukkan 1 jam 30 minit. pengajaran yg sy dapat, jawab dengan cepat&cermat di masa akan datang.. sangat sedih sebenarnya tetapi sy kena terima kelemahan diri sy.esoknya sy kena lawan bola jaring lagi untuk perlawanan separuh akhir. sy terpaksa untuk tidak menyertai kerana bercanggah dengan waktu kelas Far300 sy..lagipun pensyarah sy sudah berjanji untuk memberikan quiz pada hari itu.Alhamdulillah, rakan sebilik sy akhirnya menyertai perlawanan itu dan aras kami dapat tempat ketiga. tidak perlu dipertikaikan lagi kerana dia sememangnya atlet kampus untuk bola jaring.
setiap perkara ada hikmahnya...selama ini sy cuma ingin bersangka baik dengan Allah dalam setiap perkara.sy selalu berfikir dalam hati betapa teruknya diri sy..."aku hambamu yg hina ya Allah..selalu menzalimi diriku sendiri..berilah aku hidayahMu..."
0 comments:
Post a Comment