Sunday, April 5, 2009






ada perkara yang tak akan dilupakan...


5hb april 2009 tamatlah sesi jpk UiTM JB kali ini. setelah setahun mengharungi segalanya, terlalu banyak untuk dikenang, tidak terkira untuk dicatit. apa yang penting adalah pengalaman yang tak mungkin diperolehi dari sekadar membaca dan melihat. sememangnya tidak mudah untuk mengutip suatu kenangan kerana yang buruk akan menjadi baik setelah dilalui dengan tabah. erti dan nikmat sabar itu hanya dapat dihayati oleh mereka yang melaluinya dengan tawakal. apabila Allah menguji hambanya dengan sesuatu, Dia akan membantu kita melaluinya. percaya kepada Allah, melebihi kepercayaan terhadap manusia merupakan tunggak utama dalam menghayati erti sabar itu. NAMUN ada perkara yang tak akan dilupakan iaitu ikatan ukhuwah yang terjalin akan terus terjalin sampai bila2 insyaallah...



EPILOG SEORANG TEMAN



Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi
Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu
Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan
Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih MuBerkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya Oh Tuhanku


Album : Diari Rindu
Munsyid : Amar







1 comment:

  1. salam Mia..

    di sisi Allah nilai insan diukur dengan iman dan kemuliaannya dalam taqwa.utk meningkat dalam iman, terpaksa menempuh ujian..dan utk lulus dalam ujian hendaklah bersabar..ujian terhebat utk peringkat iman yg tertinggi..kesabaran tertinggi dipunyai oleh mereka2 yang hampir dgn Allah SWT..

    mereka yg berhasrat utk menghampirkan diri kepada Allah SWT, harus bersedia utk diuji dan harus sanggup utk bersabar..

    " bersabarlah, dan kamu tidak akan mampu bersabar melainkan dibantu oleh Allah SWT.."

    ReplyDelete