Friday, April 10, 2009










kalau tidak,aku tidak akan tahu...



Teringat pertanyaan seorang kawan petang tadi tentang kelebihan menyertai JPK, dengan selamba saya kata 'cubalah, tak mencuba tak merasa..hahaha'.sebenarnya itulah kata-kata kawan yang lain bila saya tanyakan sesuatu padanya. berbalik pada soalan kawan tersebut, sebenarnya, terlalu banyak kelebihan dan kelemahan menyertai sesuatu organisasi. kelemahan tersebut tentulah datang daripada kekurangan kualiti pada sesuatu pekerjaan. seperti pada JPK sendiri, saya akui jika tidak menyertai JPK saya mungkin tidak kenal apa borang c, bagaimana menyediakan kertas kerja, bagaimana berkomunikasi dengan pelajar,staff, dan orang ramai. dengan mengambil kesempatan menyertai organisasi semasa di Universiti merupakan PELUANG TERBAIK untuk mendapat input 2 dalam 1. di samping itu dapat mengembangkan minda remaja selain daripada berfikir untuk pelajaran semata-mata. tekanan, kesuntukan masa yang dialami semasa membuat program bagi saya tidak mungkin diperolehi jika sekadar bergelar mahasiswa/wi yang tidak terlibat dengan mana-mana persatuan di Universiti. mengingat kembali kata-kata Dr Ahmad tentang beliau yang dahulunya sangat aktif dengan persatuan. beliau juga mengatakan bahawa jika tidak menyertai persatuian sebegini, kita tidak akan tahu pahit manis mengadakan sesuatu program. masalah yang datang juga bukan sekadar dari luaran malah dalam persatuan sendiri akan mengalami pelbagai konflik. di samping mengekalkan pelajaran agar tidak terjejas. sememangnya kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak...apa yang mapu kita lakukan ialah melakukan yang terbaik dan bertawakkal kepada Allah s.w.t


-princesz mia-





2 comments:

  1. salam..

    kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..ada orang ingin makan durian tetapi sanggup menanti 5 tahun utk makan durian dari dusun sendiri..ada orang sekadar berpuashati dengan membeli di gerai buah..ada beza antara seorang yang mempunyai dusun dengan seorang yg sekadar menjadi pembeli seumur hidupnya..bezanya..kesabaran menanam dan menanti hasil tanaman..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete