Wednesday, August 25, 2010

siapa yang sedang KAU RINDUI?? (2)




Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita,
Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
”Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..

Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”
bersambung...
Read More !

Saturday, March 13, 2010

HATI berpaut pada UJIAN




semua kejadian itu,

sekalipun manimpakan penderitaannya padamu

Dia pulalah yg merasakan kepadamu

kurniaan-Nya..


Menurut Dr 'Aidh bin Abdullah Al Qarni, apabila mengalami sesuatu ujian, berhati-hatilah. jangan sampai putus asa dan kecewa. hakikatnya diri ini begitu lemah dengan ujian Allah. pernah sekali sy ingat lagi masa mula2 masuk semester 1, sy begitu gigih berusaha untuk dapatkan dekan. sakit demam pun sy datang kelas sy untuk buat presentation. akhirnya berbayar juga apabila carry mark sy untuk setiap subjek antara yg tertinggi dalam kelas ketika itu. sy target A untuk Far100. Namun kuasa Allah melebihi segalanya ketika sejam sebelum exam migrain sy datang...ketika itu sy sudah bersedia dekat bawah kolej untuk pergi dewan. rakan sebilik sy turun bawakan sy ubat. sy pun rasa bersalah samada hendak minum ubat ataupun tidak kerana ubat tersebut akan membuat sy mengantuk ketika exam.tetapi sy kepala tengah sakit yg amat. akhirnya sy minum juga. mula2 exam sy ok sedikit, tetapi Allah terus menguji sy apabila sy tiba2 sakit perut. hanya Allah tahu apa perasaan sy ketika itu. sy teruskan menjawab sambil menekan-nekan perut sepanjang masa. ini adalah secebis dari ujian yg sy alami. sy percaya dalam setiap saat Allah sedang menguji sy. kesenangan juga boleh dikategorikan sebagai ujian. kadang-kadang sy begitu rapuh dengan ujian, sy cepat sedih dan kecewa. namun jauh di sudut hati sy percaya kerana Allah masih sayangkan sayalah maka Dia mengutuskan ujian tersebut. bermakna Allah masih mengingati sy. di sebalik ujian tersebut pula siapa tahu apakah hikmahnya.



لاحؤ ل ؤل قؤ ة ا لا با الله

tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah.


setiap semester setiap orang di sekeliling sy seperti ibu bapa sy mengaharapkan yg terbaik dari sy . setiap kali itu juga sy merasa sangat kecewa kerana selalu menghampakan mereka. jika diturutkan hati sy yang alpa ini pasti sudah lama sy berputus asa. ditambahkan pula dengan orang2 yg selalu bertanya, "kenapa tak dekan sem lepas?" ketahuilah kamu sekalian, sekali kamu inginkan sy mendapat dekan seratus kali sy ingin kannya. ini ujian Allah...dalam sudut yg lain sy juga sedang berperang dengan perasaan sendiri. sy kena terima ini adalah kelemahan sy. sy kena teruskan juga perjuangan ini walau apa pun yg mereka kata. sy juga tidak boleh menyalahkan diri sy 100% kerana sy telah berusaha. seorang kawan sy pernah berkata


"kerja kita ialah berusaha dan mencuba, selebihnya adalah kerja Allah,Dia yg akan menentukan segalanya." terkadang sy juga teringat dahulu betapa ayah sy gembira sy akan mengambil jurusan ini. hati sy berbelah bagi kerana sy tidak meminati bidang perakaunan ini. kalaulah sy mendapat jurusan bidang "masak-masak " kegemaran sy sudah pasti sy tidak cepat melatah seperti ini. betapa tidak bersyukurnya sy!! sedangkan semuanya ketentuan Allah. Allah berfirman:


"Hanya urusanNya apabila Dia menghendaki(mengadakan) sesuatu, Ia berkata kepadanya 'jadilah' engkau maka jadialah ia" (Yassin 36:82)



maka hati, bertaubatlah dalam memberbaharui diri. yakin dengan ketentuan ilahi, keberkatan dalam pekerjaan adalah yg terpenting kerana kejayaan tanpa keberkatan adalah kerugian. sy teringat suatu kisah yg indah tentang keberkatan ini. InsyaAllah sy akan postkan pada masa akan datang. sy minta maaf segala khilaf diri sy antara sedar atau tidak terhadap orang sekeliling sy....
Read More !

Thursday, February 25, 2010

bola jaring VS test


assalamualaikum..




petang itu agak tenang kerana kelas cuma ada satu tapi malam nanti ada test law346 jadi agak sibuk baca nota.tiba2 dikejukan oleh perkhabaran yang tidak semena-mena. terpaksa mewakili aras untuk pertandingan bola jaring tertutup UiTM JB. kali terakhir bermain bola jaring ketika darjah enam. mungkin itu bukan keputusan yang baik bagi sesetengah orang kerana test law pada malam nanti akan menuntut pembacaan yang teliti dan waktu yang lama. sebaiknya waktu yang ada dimanfaatkan untuk itu tetapi biarlah...jika telah bersedia sebelum ini, itu bukan masalah utama. hati tetap berbelah bagi sehinggalah perasan kaki sudahpun tiba di tepi dataran pertandingan. tiba2 ada suara menegur ingin kemana. owh, junior sy rupanya..dia agak terkejut kerana sy menyertai pertandingan itu..kelakarnya,kerana selama ini tak pernah melihat kelibat sy dalam mana2 pertandingan sukan. pertandingan pertama tak pasti lawan aras mana tapi yang pasti waktu awal permainan team kami agak kalut& tak tersusun. al maklumlah yang tahu apa itu bola jaring cuma 4 daripada 7 orang. yang bertiga itu pula setelah dipaksa dan tidak kenal pun posisi dalam bola jaring. sy pun agak takut setelah lama tak pegang bola. setelah tamat permainan akhirnya team kami seri dengan pihak lawan. ingatkan setakat itu sahaja rupanya terpaksa lawan lagi sekali. perlawanan kedua kami bertemu pihak yang agak kuat separuh masa pertama sahaja sudah ketinggalan 5~0. setelah tamat separuh masa pertama sy tinggalkan gelanggang untuk bersiap untuk test malam nanti. fikiran sy masih ligat mengingatkan cases&sections dalam partnership law. Ingat2 lupa...bila dapat sahaja soalan, terus otak sy blur...masyaAllah...sy cuba bertenang dan tarik nafas dalam2..akhirnya sy mulakan dengan soalan yg sy rasa sy ingat point. setelah beberapa ketika sy akhirnya telah siapkan 2 daripada 4 soalan short essay dan 1 long essay&multiple choice question. berderup darah sy apabila pensyarah sy mengumumkan masa tinggal lagi 15 minit. sy pun jawab sahaja setakat yg mampu untuk 2 soalan short essay lg...waktu yg diperuntukkan 1 jam 30 minit. pengajaran yg sy dapat, jawab dengan cepat&cermat di masa akan datang.. sangat sedih sebenarnya tetapi sy kena terima kelemahan diri sy.esoknya sy kena lawan bola jaring lagi untuk perlawanan separuh akhir. sy terpaksa untuk tidak menyertai kerana bercanggah dengan waktu kelas Far300 sy..lagipun pensyarah sy sudah berjanji untuk memberikan quiz pada hari itu.Alhamdulillah, rakan sebilik sy akhirnya menyertai perlawanan itu dan aras kami dapat tempat ketiga. tidak perlu dipertikaikan lagi kerana dia sememangnya atlet kampus untuk bola jaring.






setiap perkara ada hikmahnya...selama ini sy cuma ingin bersangka baik dengan Allah dalam setiap perkara.sy selalu berfikir dalam hati betapa teruknya diri sy..."aku hambamu yg hina ya Allah..selalu menzalimi diriku sendiri..berilah aku hidayahMu..."
Read More !