Saturday, March 13, 2010

HATI berpaut pada UJIAN




semua kejadian itu,

sekalipun manimpakan penderitaannya padamu

Dia pulalah yg merasakan kepadamu

kurniaan-Nya..


Menurut Dr 'Aidh bin Abdullah Al Qarni, apabila mengalami sesuatu ujian, berhati-hatilah. jangan sampai putus asa dan kecewa. hakikatnya diri ini begitu lemah dengan ujian Allah. pernah sekali sy ingat lagi masa mula2 masuk semester 1, sy begitu gigih berusaha untuk dapatkan dekan. sakit demam pun sy datang kelas sy untuk buat presentation. akhirnya berbayar juga apabila carry mark sy untuk setiap subjek antara yg tertinggi dalam kelas ketika itu. sy target A untuk Far100. Namun kuasa Allah melebihi segalanya ketika sejam sebelum exam migrain sy datang...ketika itu sy sudah bersedia dekat bawah kolej untuk pergi dewan. rakan sebilik sy turun bawakan sy ubat. sy pun rasa bersalah samada hendak minum ubat ataupun tidak kerana ubat tersebut akan membuat sy mengantuk ketika exam.tetapi sy kepala tengah sakit yg amat. akhirnya sy minum juga. mula2 exam sy ok sedikit, tetapi Allah terus menguji sy apabila sy tiba2 sakit perut. hanya Allah tahu apa perasaan sy ketika itu. sy teruskan menjawab sambil menekan-nekan perut sepanjang masa. ini adalah secebis dari ujian yg sy alami. sy percaya dalam setiap saat Allah sedang menguji sy. kesenangan juga boleh dikategorikan sebagai ujian. kadang-kadang sy begitu rapuh dengan ujian, sy cepat sedih dan kecewa. namun jauh di sudut hati sy percaya kerana Allah masih sayangkan sayalah maka Dia mengutuskan ujian tersebut. bermakna Allah masih mengingati sy. di sebalik ujian tersebut pula siapa tahu apakah hikmahnya.



لاحؤ ل ؤل قؤ ة ا لا با الله

tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah.


setiap semester setiap orang di sekeliling sy seperti ibu bapa sy mengaharapkan yg terbaik dari sy . setiap kali itu juga sy merasa sangat kecewa kerana selalu menghampakan mereka. jika diturutkan hati sy yang alpa ini pasti sudah lama sy berputus asa. ditambahkan pula dengan orang2 yg selalu bertanya, "kenapa tak dekan sem lepas?" ketahuilah kamu sekalian, sekali kamu inginkan sy mendapat dekan seratus kali sy ingin kannya. ini ujian Allah...dalam sudut yg lain sy juga sedang berperang dengan perasaan sendiri. sy kena terima ini adalah kelemahan sy. sy kena teruskan juga perjuangan ini walau apa pun yg mereka kata. sy juga tidak boleh menyalahkan diri sy 100% kerana sy telah berusaha. seorang kawan sy pernah berkata


"kerja kita ialah berusaha dan mencuba, selebihnya adalah kerja Allah,Dia yg akan menentukan segalanya." terkadang sy juga teringat dahulu betapa ayah sy gembira sy akan mengambil jurusan ini. hati sy berbelah bagi kerana sy tidak meminati bidang perakaunan ini. kalaulah sy mendapat jurusan bidang "masak-masak " kegemaran sy sudah pasti sy tidak cepat melatah seperti ini. betapa tidak bersyukurnya sy!! sedangkan semuanya ketentuan Allah. Allah berfirman:


"Hanya urusanNya apabila Dia menghendaki(mengadakan) sesuatu, Ia berkata kepadanya 'jadilah' engkau maka jadialah ia" (Yassin 36:82)



maka hati, bertaubatlah dalam memberbaharui diri. yakin dengan ketentuan ilahi, keberkatan dalam pekerjaan adalah yg terpenting kerana kejayaan tanpa keberkatan adalah kerugian. sy teringat suatu kisah yg indah tentang keberkatan ini. InsyaAllah sy akan postkan pada masa akan datang. sy minta maaf segala khilaf diri sy antara sedar atau tidak terhadap orang sekeliling sy....
Read More !