Thursday, April 16, 2009

Apa yang telah aku korbankan??



Dalam kesesakan kepala memikirkan tentang peperiksaan, berehat sebentar bukan untuk menjamah kit-kat tapi terbaca tentang pengorbanan sahabat terdahulu dalam mencari nikmat beragama. Apa yang telah aku korbankan untuk agama ku?? Puas ku cari tapi tak ku jumpa…jahilkah aku?? Mungkin kerana kedamaian yang dikecapi ketika rukuk dan sujud tidak seperti saudara di Palestin, di Ambon. Ketenangan menelaah pelajaran membuat aku leka… betapa sedihnya saudaraku di Palestin tidak dapat menikmati ketenangan itu. Namun mereka telah mengorbankan segala- galanya atas nama syahid fisabilillah… sesungguhnya Israel laknatullah sedang bergembira atas kemenangan yang sia-sia, ...syurga bagi orang-orang kafir itu adalah dunia yang sementara...


Read More !

Monday, April 13, 2009

kagum

hati sayu dan terharu melihat kanak-kanak kecil yang boleh menghafal Al-Quran, terasa betapa kerdilnya diri bila dibandingkan dengan mereka. betapa bersih hati kecil mereka yang belum dinodai...
Read More !

ADAKAH AKU...layakkah aku

Adakah aku dilamun cinta,

pabila celik mata teringat dia,

kupejamkan mata termimpi dia,

ke mana sahaja ku bawa dia,



layakkah aku bergelar pencinta,

hatiku tidak seteguh zulaikha,

menanti yusuf ke hujung nyawa,

menaggung cinta tiada akhirnya,



adakah aku wajib bercinta,

kerana keperluan atau terpaksa,

atau sekadar fitrah sebagai hamba

dilahirkan Allah untuk mencinta...



Read More !