Sunday, September 6, 2009

NABI PALSU!!

Kenalkah anda kepada seorang pakcik yang bernama Haji Abdul Kahar?

Kalau tak kenal, meh sini aku kenalkan. Dia ni dulu pernah menggemparkan negara pada awal tahun 1990-an apabila mendakwa dirinya sebagai Nabi dan Rasul terus diburu oleh pihak berkuasa kerana dikesan masih rancak menyebarkan fahaman dan dakyah songsang.Sekarang ni dia dah jadi blogger pulak dah. Mulakan balik aktiviti sesat lagi menyesatkan. Korang boleh pergi ke blog dia ni http://messengerofgodtoday.blogspot.com/ - THE MIGHTY SERVANT @ HAJI ABDUL KAHAR - The Mighty Servant of GOD, THE ALMIGHTY. Flagkan cukup-cukup.






















Nampak tak topik dia? KETERANGAN TENTANG AL QURAN YANG DITURUNKAN TUHAN KEPADA SALAH SEORANG BANGSA MELAYU SELAKU RASUL YANG DIUTUSKAN-NYA SEKARANG INI DI MALAYSIA. Apa punya perasan la pakcik sorang ni. Korang pun semua tahukan bahawa nabi & rasul yang terakhir adalah Nabi Muhammad SAW dan takkan ada lagi nabi & rasul selepas kewafatan beliau. Habis tu..pakcik ni claim yang diri dia adalah nabi. Maknanya..dia ni adalah nabi palsu!Aku pun tak berapa faham kenapa pakcik haji yang sesat ni boleh ada pengikut lebih dari 1000 orang di kawasan lembah klang sahaja dan belum termasuk lagi pengikut di negeri-negeri lain. Harap-harap ada la pihak berkuasa memantau aktiviti sesat Haji Abdul Kahar ni sebelum pengikutnya lagi bertambah ramai. Selamatkan la akidah umat Islam Malaysia




SELAMAT DI COPY&PASTE DRP: abyrad.blogspot.com





saya telah melihat blog pak cik ini dan beristigfar panjang membaca sepintas lalu 'buah fikiran' pak cik ni. sama2 lah kita berdoa agar dijauhkan dari sebarang anasir yang boleh memesongkan akidah kita.

1 comment:

  1. salam

    manusia punyai pelbagai kebodohan, dan antara kebodohan itu ialah merasa diri seorang yang hebat dan merasa kagum twerhadap orang lain yang dirasakan lebih hebat dari dirinya sendiri. sedangkan kehebatan dan kekaguman itu hanyalah milik Allah dan ditujukan kepadaNya sahaja.

    ReplyDelete