Thursday, April 16, 2009

Apa yang telah aku korbankan??



Dalam kesesakan kepala memikirkan tentang peperiksaan, berehat sebentar bukan untuk menjamah kit-kat tapi terbaca tentang pengorbanan sahabat terdahulu dalam mencari nikmat beragama. Apa yang telah aku korbankan untuk agama ku?? Puas ku cari tapi tak ku jumpa…jahilkah aku?? Mungkin kerana kedamaian yang dikecapi ketika rukuk dan sujud tidak seperti saudara di Palestin, di Ambon. Ketenangan menelaah pelajaran membuat aku leka… betapa sedihnya saudaraku di Palestin tidak dapat menikmati ketenangan itu. Namun mereka telah mengorbankan segala- galanya atas nama syahid fisabilillah… sesungguhnya Israel laknatullah sedang bergembira atas kemenangan yang sia-sia, ...syurga bagi orang-orang kafir itu adalah dunia yang sementara...


Read More !

Monday, April 13, 2009

kagum

hati sayu dan terharu melihat kanak-kanak kecil yang boleh menghafal Al-Quran, terasa betapa kerdilnya diri bila dibandingkan dengan mereka. betapa bersih hati kecil mereka yang belum dinodai...
Read More !

ADAKAH AKU...layakkah aku

Adakah aku dilamun cinta,

pabila celik mata teringat dia,

kupejamkan mata termimpi dia,

ke mana sahaja ku bawa dia,



layakkah aku bergelar pencinta,

hatiku tidak seteguh zulaikha,

menanti yusuf ke hujung nyawa,

menaggung cinta tiada akhirnya,



adakah aku wajib bercinta,

kerana keperluan atau terpaksa,

atau sekadar fitrah sebagai hamba

dilahirkan Allah untuk mencinta...



Read More !

Friday, April 10, 2009










kalau tidak,aku tidak akan tahu...



Teringat pertanyaan seorang kawan petang tadi tentang kelebihan menyertai JPK, dengan selamba saya kata 'cubalah, tak mencuba tak merasa..hahaha'.sebenarnya itulah kata-kata kawan yang lain bila saya tanyakan sesuatu padanya. berbalik pada soalan kawan tersebut, sebenarnya, terlalu banyak kelebihan dan kelemahan menyertai sesuatu organisasi. kelemahan tersebut tentulah datang daripada kekurangan kualiti pada sesuatu pekerjaan. seperti pada JPK sendiri, saya akui jika tidak menyertai JPK saya mungkin tidak kenal apa borang c, bagaimana menyediakan kertas kerja, bagaimana berkomunikasi dengan pelajar,staff, dan orang ramai. dengan mengambil kesempatan menyertai organisasi semasa di Universiti merupakan PELUANG TERBAIK untuk mendapat input 2 dalam 1. di samping itu dapat mengembangkan minda remaja selain daripada berfikir untuk pelajaran semata-mata. tekanan, kesuntukan masa yang dialami semasa membuat program bagi saya tidak mungkin diperolehi jika sekadar bergelar mahasiswa/wi yang tidak terlibat dengan mana-mana persatuan di Universiti. mengingat kembali kata-kata Dr Ahmad tentang beliau yang dahulunya sangat aktif dengan persatuan. beliau juga mengatakan bahawa jika tidak menyertai persatuian sebegini, kita tidak akan tahu pahit manis mengadakan sesuatu program. masalah yang datang juga bukan sekadar dari luaran malah dalam persatuan sendiri akan mengalami pelbagai konflik. di samping mengekalkan pelajaran agar tidak terjejas. sememangnya kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak...apa yang mapu kita lakukan ialah melakukan yang terbaik dan bertawakkal kepada Allah s.w.t


-princesz mia-





Read More !

Sunday, April 5, 2009






ada perkara yang tak akan dilupakan...


5hb april 2009 tamatlah sesi jpk UiTM JB kali ini. setelah setahun mengharungi segalanya, terlalu banyak untuk dikenang, tidak terkira untuk dicatit. apa yang penting adalah pengalaman yang tak mungkin diperolehi dari sekadar membaca dan melihat. sememangnya tidak mudah untuk mengutip suatu kenangan kerana yang buruk akan menjadi baik setelah dilalui dengan tabah. erti dan nikmat sabar itu hanya dapat dihayati oleh mereka yang melaluinya dengan tawakal. apabila Allah menguji hambanya dengan sesuatu, Dia akan membantu kita melaluinya. percaya kepada Allah, melebihi kepercayaan terhadap manusia merupakan tunggak utama dalam menghayati erti sabar itu. NAMUN ada perkara yang tak akan dilupakan iaitu ikatan ukhuwah yang terjalin akan terus terjalin sampai bila2 insyaallah...



EPILOG SEORANG TEMAN



Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi
Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu
Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan
Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih MuBerkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya Oh Tuhanku


Album : Diari Rindu
Munsyid : Amar







Read More !